Dulu,
kita pernah berjanji,
untuk berjanji pada diri sendiri,
memahami hati sesama hati,
adakalanya sukar untuk mengerti.
Kini,
segalanya telah berubah,
diriku, kamu dan segalanya,
dahulunya teguh tali persahabatan kita,
akhirnya terlerai ikatannya kerna sengketa.
Manisnya sungguh bisa bersama,
indahnya kenangan sukar kulupa
tawa riangmu sering berirama,
tatkala diri ini sentiasa merana.
maafkanlah wahai temanku,
lupakanlah luka yang telahku lakukan dahulu,
berilah temanmu ini peluang memulihkannya,
supaya ia tidak lagi menjadi luka lama.
hampir beribu patah perkataan ku fikirkan,
kerana inginkan kamu sebagai teman,
terlalu payahku mencari teman sepertimu,
kerana dirimu terlalu istimewa dimataku.
ku menadah tangan memohon doa,
supaya hubungan kita kekal selamanya,
hingga tiada siapa mampu merenggongannya,
melainkan diri kita yang melakukannya.
semoga umurmu di panjangkan lagi,
agar temanmu ini dapat menemani,
walaupun dirimu sering menyendiri,
senyumlah selalu agar ia berseri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment